Pages

Monday, June 14, 2010

Hannah Marissa 4 Bulan

Ketika foto ini di ambil..Hannah sudah berusia 125 hari..tumbesarannya cukup hebat..malah pd usia muda ini, Hannah b'upaya bangun kepala & cuba untuk bangun..pernah satu ketika aku cuba agah..dia ketawa & mengeluarkan bunyi gelakkan..Alhamdulilah Hannah sekarang boleh mengesan bunyi & penglihatan cukup baik..tindakbalasnya pun memberangsangkan...Daddy & Mummy akan terus menantimu utk merangkak pulak...amin.

Sunday, June 13, 2010

Hannah Marissa Dapat Hadiah Subang Emas

Semasa aku kerja di BSN Tmn Sri Muda, Shah Alam..Aku ada kenal pelanggan setia bank b'bangsa india yg selalu meminta tolong..biasanya tolong ambil duit di ATM..kebiasaannya dia akan bg upah iaitu roti yg di ambil dari kilang, kebetulan adiknya bekerja disana..aku bukannya mengharap upah darinya..ikhlas menolongnya..org nk bg x baik menolaknya..Apabila dia mendapat tahu aku menimang cahayamata..dia telah belikan hamper & setelah anakku berusia 4 bulan..dia telah membelikan subang emas..baik sungguh hatinya..walaupun b'lainan bangsa & warna kulit tapi 'penghargaan ini' tidak dapat kubalas...Aku tidak tahu apakah aku akan dapat menolongnya lagi kerna aku telah meletak jawatan & tidak tahu siapa yg akan mengantikan tempat aku...semoga tuhan sentiasa memelihara insan2 seperti ini....amin

Monday, May 31, 2010

Hannah Marissa pakai skirt


Sekarang ni pantang tengok baju baby mesti nak beli...Hari tu jalan2 kat JJ dgn kawan baik aku pegi shopping baju kerja..terserempak dgn jualan murah baju baby..comel pulak skirt baby ni...alang2 belilah sepasang!!..korang tgklah baby aku pakai skirt..lawaklah pulak!!..tapi Hannah yeyap maintain...cewahhh..

Wednesday, May 26, 2010

Kad Skim Simpanan Pendidikan Nasional Hannah Marissa

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN banyak menawarkan keistimewaan spt geran sepadan, dividen, insurans & pelepasan cukai pendapatan.
Perancangan kewangan untuk anak memang penting, selain insurans perubatan & pendidikan, skim simpanan seperti ini juga penting untuk menjamin masa depan anak-anak..kita tidak perlu bermewah untuk diri sendiri..berkorbanlah untuk anak agar pendidikan & perubatan terjamin.
Kawan2 ambillah skim ini untuk anak & jangan lupa insurans sekali...amin.

Tuesday, May 25, 2010

Hannah Marissa Tidur Dengan Ibunya


Ibunya sama dgn anaknya...tidur memang kuat!..tgk..lena gilerr!!..ribut taufan melanda pun x sedar...xpelah janji selamat...lps ni tidur dgn bapak lak yerrr...

Friday, May 21, 2010

Hannah Marissa Di Majlis Pertunangan


Aku & isteri tiada pilihan kerna terpaksa membawa Hannah ke majlis pertunangan sepupunya di Taman Sentosa, Klang.
Di Majlis Pertunangan itu Hannah asyik tidur jerr..tak bangun-bangun..Hannah kalau tido memang lama...takpelah Hannah..tidurlah!! nanti dh jaga Daddy akan layan kau yerr...

Kad Perubatan PruBSN Takaful Hannah Marissa

Sejak jadi ejen ni..baru aku mengerti kad perubatan penting untuk menjamin kos rawatan hospital..kemudian apabila dapat anak, aku terus ambil insurans kad perubatan untuknya..aku harap kawan-kawan di luar sana ambillah kad perubatan untuk anak..disamping menyimpan insurans akan melindungi anak kita..serta mendapat perlindungan(pampasan) jikalau berlaku musibah..sekarang ni ramai sangat kanak-kanak meninggal akibat lewat mendapat rawatan hospital..tetapi jikalau ada kad perubatan..insyaalah anak kita mendapat servis yang lebih baik di hospital swasta..ini adlah salah satu usaha aku & isteri bagi menjamin kehidupan yang lebih baik untuk cahayamata kami....TQ.
P/S: sesiapa nak ambil insurans kad perubatan PruBSN Takaful sila hubungi aku-0133311867-HANAFI